Pengenalan

Dalam kehidupan kita berkomunikasi adalah amat penting. Kita boleh berkomunikasi dalam pelbagai cara antaranya ialah berkomunikasi dengan lisan iaitu suara atau berkomunikasi dengan bahasa badan(body language) atau bahasa isyarat. Komunikasi sudah ada sejak dari zaman Nabi Adam lagi dan berkembang sehingga sekarang. Komunikasi juga adalah asas dalam kehidupan kita.
Komunikasi juga adalah sebahagian yang telah diajarkan didalam al-Quran dan as-Sunnah terutama dalam urusan dakwah Islamiyah.
Komunikasi islam merupakan komunikasi yang berasaskan nilai-nilai keagamaan yang terjamin kebenarannya dan terjerumus kearah kebaikkan. Ini adalah sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi samaada prinsip, kaedah , mesej, matlamat, media hendaklah berasaskan wahyu dan sunah yang telah ditunjukkan oleh Rasullulah S.A.W. Amalan komunikasi seperti ini boleh dikira sebagai ibadah yang akan dikira di akhirat kelak.
Islam sebagai cara hidup yang komprehensif telah menyediakan kaedah yang boleh mengelakkan dari sistem komunikasi biasa yang selalunya mendatangkan masalah islam bukan sahaja menyediakan etika untuk komunikasi bahkan menyediakan juga teknik-teknik yang berkesan yang boleh menyenangkan urusan harian kita. Allah S.W.T juga berkomunikasi dengan makhluknya melalui al-Quran.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"telah kami turunkan kepadamu Al-kitab, untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang berserah diri kepada Allah"
(Al-Nahl:89)
Jelaslah disini bahawa islam amat menggalakan umatnya untuk berkomunikasi di antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturahim selain daripada untuk menyampaikan urusan dakwah.
No comments:
Post a Comment