
Dakwah dan Kewajipan
- Dari sudut bahasa bermaksud Seruan dan menuntut supaya menyempurnakan urusan masyarakat atau bekerjasama melaksanakannya
- Dari sudut istilah pula dakwah seruan kepada Allah S.W.T iaitu beriman dan tidak menyekutukanNya, beriman kepada Malaikat, Kitab, Rasul, Hari akhirat, Qadha dan Qadar
Perkataan yang menunjukkan pengertian dakwah:
- al-Irsyad- memberi petunjuk kepada manusia mengikut jalan kebenaran dan menggalakkan mereka melakukan kebaikan serta memberi peringatan terhadap perkara kejahatan
- al-Wa'z- memberi nasihat yang baik supaya dapat menawan hati seseorang untuk menerima kebenaran dan melakukan amalan yang baik
- al-Tazkir- memberi galakan kepada hamba-hamba Allah SWT agar mengingatinya dan bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan olehNya.
- al-Tabligh- menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia dan menjalankan kehidupan berdasarkan kepada syariat Allah.
Encylopedia of Islam,menerangkan bahawa dakwah ialah ajakan dan seruan supaya manusia percaya serta yakin kepada agama yang sebenar iaitu Islam
Kewajipan Dakwah
Tugas melaksanankan dakwah Islamiah adalah tangungjawab yang difardhukan ke atas setiap umat Islam.
Sebagaimana firman Allah,
Ertinya:-
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
(ali-'Imran:104)
Cara mengubah perbuatan mungkar:
- 1 Tangan
- Lidah
- Hati
No comments:
Post a Comment