Monday, March 21, 2011

Metode komunikasi dalam Dakwah islam...

Keperluan memahami metode komunikasi dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W amat penting kerana ia merupakan suatu sunnah. Pendekatan dakwah Rasulullah S.A.W wajar dijadikan contoh tauladan,mengambil pengajaran dari pengalaman Baginda S.A.W disamping menyesuaikannya dengan suasana masyarakat kini supaya penyebaran malumat islam dapat disampaikan secara efektif dan lebih berkesan.

Beberapa metode telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh Allah SWT sebagaimana dimukilkan dalam al-Quran yang bermaksud:

serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik dan berhujahlah dengan mereka dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk.

tiga golongan manusia

  • para cendiakawan yang cintakan kepada kebenaran
berfikir secara kreatif dan kritis jadi untuk menghadapi golongan ini mestilah berbicara secara hikmah iaitu melalui fakta, dalil,dan hujjah.

  • golongan awam
mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan mendalam. untuk menghadapi golongan ini mestilah dengan ajaran dan pendidikan.

golongan pertengahan
suka berbincang dan berbahas.untuk menghadapi golongan ini mestilah dengan cara berbincang dan bertukar akal fikiran secara berhemah.

No comments:

Post a Comment