Monday, March 21, 2011



Tujuan Komunikasi Islam..

1. Memberitahu.
  • Memaklumkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-quran dan As-sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlak.
  • Menghebahkan kepada umat manusia tentang islam adalah agama yang membawa Rahmat kepada dunia.

2. Menerangkan.
  • Memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara terperinci mengenai ajaran-ajaran Al-quran dan As-sunnah.


3. Memberi kefahaman.
  • Merperjelas tentang ajaran islam agar ianya boleh difahami oleh umat islam.


4. Memberi ilmu.
  • Komunikasi islam atau juga disebut komunikasi dakwah sangat diperlukan untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ajaran islam. ilmu-ilmu tersebut terdiri daripada ilmu wahyu atau naqli dan juga ilmu-ilmu aqli (pemikiran).


5. Memberi petunjuk.
  • Komunikasi islam ini penting untuk mengajar individu dalam masyarakat tentang bagaimana cara-cara yang perlu dilakukan oleh umat islam dalam melaksanakan ajaran Al-quran dan As-sunnah. Memberi petunjuk disini bermaksud memberi panduan atau mengarahkan jalan kehidupan yang benar dan diredhai Allah SWT.


6. Menyeru kepada kebajikan.
  • Komunikasi isam juga merupakan komunikasi dakwah yang sangat penting, dalam hal ini ia membantu menangani masalah kemiskinan,pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Dengan adanya komunikasi islam masyarakat perlu diberi kesedaran terutama golongan kaya dan berpendidikan prihtin dengan menghulurkan bantuan. Sebagai contoh melalui zakat.


7. Menguruskan pemerintahan.
  • Melalui komunikasi islam ini membantu hubungan dua hala menjadi baik dan menjadikan negara kita lebih makmur.


8. Memberi hikmah.
  • hikmah ialah kebijaksanaan atau suatu kebenaran.
  • tindakan yang hikmah dapat membentuk masyarakat pada hari ini lebih persefahaman diantara satu sama lain.


9. Menyampaikan khabar gaembira dan peringatan.
  • khabar gambira beerti berita-berita dari Al-quran dan As-Sunnah tentang:


  • balasan syurga kepada umat yang patuh kepada ajaran islam.
  • pahala yang berlipat ganda kepada orang yang beribadah di bulan dan di hari mulia.
  • kesediaan Allah untuk mengampuni dosa umatnya yang bertaubat dengan taubat nasuha.
  • kenikmatan yang dialami oleh penghuni syurga.
  • kelebihan mati syahid dan lain-lain lagi.
- yang dimaksudkan memberi peringatan ialah perkara yang merupakan amaran dari Allah SWT terhadap umat yang lalai dam melamggar ajaran-ajaran islam.
  • balasan azab neraka kepada orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama.
  • azab kubur dan seksaan Mahsyar terhadap orang-orang yang mati dengan membawa dosa.
  • kutukkan Allah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi.
  • di timpa bencana terhadap kaum atau masyarakat manusia yang membuat kerosakan di muka bumi ini.
tujuan pengkhabaran perkara-perkara tersebut terhadap umat manusia adalah untuk mendorong manusia supaya selalu melakukan kebaikan dalam hidup dan cuba kawal diri untuk melakukan perkara yang tidak diredha Allah

No comments:

Post a Comment