Monday, March 7, 2011

Jenis-jenis komunikasi menurut islam

1. Komunikasi dengan Allah
komunikasi dengan allah merupakan komunikasi paling tinggi darjatnya. komunikasi ini dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri dengan allah. pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendekatkan diri dengan allah anataranya ialah bersolat, membaca al quran, berzikir dan lain-lain lagi

2. Komunisai dengan manusia
komunikasi dengan manusia mencakupi bentuk yang sangat luas antaranya komunikasi mengenai pendidikan komunikasi keluarga komunikasi perniagaan dan sebagainya.

3. Komunikasi dengan diri sendiri
komunikasi diri sendiri dapat dilakukan dengan bercakap dengan diri sendiri seperti proses berfikir, menghisab diri dan muhasabah diri

4. komunikasi manusia dengan alam sekitar
manusia selaku khalifah dimuka bumi ini perlulah menjaga alam sekitar seperti mana yang telah diperintahan oleh allah keatas manusia

Proses komunikasi islam

dibahagikan kepada empat:

1. Punca atau sumber maklumat
sah kebenaranya secar serentak supaya tidak menimbulakan masalah
2. Mesej
hendaklah bersifat ajakan kepada kebaikan dan menolak kepada kemungkaran
3. Sasaran
menurut islam sasaran utama ialah orang yang paling hampir dengan komunikator
4. Maklum balas
reaksi daripada komunikator.

Monday, February 21, 2011


"Jangan jadi seperti orang yang bila bercakap tetapi tidak memberi makna kepada orang lain, kerana percakapannya hanyalah sesuatu yang sia-sia, Jadilah orang yang bila bercakap dapat memberi kebaikan kepada orang lain kerana percakapannya penuh dengan hikmah"

Sunday, February 6, 2011

KOMUNIKASI DALAM ISLAM


Pengenalan

Dalam kehidupan kita berkomunikasi adalah amat penting. Kita boleh berkomunikasi dalam pelbagai cara antaranya ialah berkomunikasi dengan lisan iaitu suara atau berkomunikasi dengan bahasa badan(body language) atau bahasa isyarat. Komunikasi sudah ada sejak dari zaman Nabi Adam lagi dan berkembang sehingga sekarang. Komunikasi juga adalah asas dalam kehidupan kita.
Komunikasi juga adalah sebahagian yang telah diajarkan didalam al-Quran dan as-Sunnah terutama dalam urusan dakwah Islamiyah.
Komunikasi islam merupakan komunikasi yang berasaskan nilai-nilai keagamaan yang terjamin kebenarannya dan terjerumus kearah kebaikkan. Ini adalah sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi samaada prinsip, kaedah , mesej, matlamat, media hendaklah berasaskan wahyu dan sunah yang telah ditunjukkan oleh Rasullulah S.A.W. Amalan komunikasi seperti ini boleh dikira sebagai ibadah yang akan dikira di akhirat kelak.
Islam sebagai cara hidup yang komprehensif telah menyediakan kaedah yang boleh mengelakkan dari sistem komunikasi biasa yang selalunya mendatangkan masalah islam bukan sahaja menyediakan etika untuk komunikasi bahkan menyediakan juga teknik-teknik yang berkesan yang boleh menyenangkan urusan harian kita. Allah S.W.T juga berkomunikasi dengan makhluknya melalui al-Quran.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"telah kami turunkan kepadamu Al-kitab, untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang berserah diri kepada Allah"
(Al-Nahl:89)
Jelaslah disini bahawa islam amat menggalakan umatnya untuk berkomunikasi di antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturahim selain daripada untuk menyampaikan urusan dakwah.